Penduduk Kampung Terpencil Di Indonesia Miliki Tiga Jari



Kebanyakan penduduk di Kampung Ulutuae Desa Maria di Daerah Bone, Sulawesi Selatan mempunyai kecacatan yang sama iaitu memiliki hanya tiga jari.

Bagi seseorang yang normal, mereka memiliki lima jari bagi setiap belah tangan dan kaki.


Difahamkan, hampir kesemua penduduk kampung itu mempunyai tiga jari, tidak kira jari kaki atau jari tangan dan keganjilan itu dialami oleh golongan muda dan tua.


Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Umbang berkata, kelainan fizikal yang dimilikinya itu sudah berlaku sejak turun temurun lagi dan dia pasrah dengan apa yang diwarisi daripada nenek moyangnya.


"Kecacatan ini disebabkan faktor keturunan tetapi ada juga yang lahir dalam keadaan normal," katanya.


Menurutnya lagi, walaupun memiliki kekurangan jari, namun penduduk di kampung itu tetap menjalankan aktivitas harian sebagai nelayan seperti biasa.



sumber :http://www.kaskus.co.id/showthread.php?t=16332002

Post a Comment

أحدث أقدم